Privasi dan Polisi

NOTIS PRIVASI INSTITUT MEMANDU BITARA

Institut Memandu BITARA Padang Midin (dikenali sebagai "kami") komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. Kami senantiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda.

Pengumpulan Data Peribadi

Kami boleh mengumpul data peribadi terus daripada anda (contohnya apabila anda mendaftar untuk satu produk dan/atau perkhidmatan kami (melalui kaunter pendaftaran/ secara atas talian) dan/atau dari sebarang proses dalam menyiapkan lesen.

Maklumat peribadi anda mungkin juga telah diberikan kepada Kami oleh pihak ketiga yang diberi kuasa untuk memproses dan menyimpan data anda.

Data peribadi yang kami kumpulkan dan proses mungkin merangkumi maklumat-maklumat berikut:-

. Nama dan pekerjaan;
. Maklumat untuk dihubungi termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel;
. Maklumat demografik seperti poskod;
. Maklumat peribadi, tarikh lahir, umur, nombor kad pengenalan; dan
. Sebarang maklumat lain yang relevan kepada Produk

Selain itu, kami mungkin meminta data peribadi yang sensitif apabila anda memohon produk tertentu yang memerlukan maklumat berkenaan. Data peribadi sensitif merujuk kepada data berkaitan kesihatan fizikal dan mental. Jika terdapat keperluan bagi kami untuk mengumpul atau memproses data peribadi sensitif, kami akan mendapatkan persetujuan secara nyata ("explicit consent") daripada anda terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, kami mungkin mengumpulkan data peribadi bukan pelanggan daripada anda (contohnya maklumat pasangan anda atau waris) apabila anda memohon sesuatu produk atau perkhidmatan. Anda perlu mendapatkan persetujuan pihak berkenaan sebelum memberikan data peribadi tersebut kepada kami untuk membolehkan kami memproses data peribadi mereka.

Memproses Data Peribadi

Data peribadi boleh diproses oleh kami dan/atau ejen sah untuk tujuan berikut:-

. untuk berkomunikasi dengan anda;
. untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana ejen kami;
. untuk menilai permohonan anda bagi produk dan perkhidmatan yang kami sediakan;
. untuk memproses transaksi pembayaran;
. untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am;
. untuk melakukan kaji selidik pasaran dan analisis trend bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan kami;
. untuk memenuhi keperluan pihak berwajib/keperluan perundangan/undang-undang yang termaktub;
. untuk sebarang tujuan seperti dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am Produk dan jika berkaitan, Terma dan Syarat produk dan perkhimatan.

Adalah perlu bagi kami untuk memproses dan menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan di atas. Jika anda ingin menarik balik persetujuan untuk kami memproses dan menzahirkan data peribadi untuk tujuan-tujuan di atas, kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan kami kepada anda.

Penzahiran Data Peribadi

Adalah dimaklumkan dalam sebarang situasi dan jika diperlukan ketika melaksanakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, kami boleh menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-

. sebarang organisasi yang dilantik untuk berkhidmat sebagai ejen kami;
. sebarang organisasi yang terlibat untuk melengkapkan transaksi/proses yang diminta oleh anda;
. penyedia-penyedia perkhidmatan kami;
. mana-mana pihak yang dibenarkan mengikut ketetapan undang-undang, Perintah Mahkamah dan/atau pihak berwajib dan kawal selia;
. mana-mana agensi penguat kuasa; dan/atau

Selain tujuan-tujuan di atas, kami mungkin memproses dan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang dilantik secara sah (contohnya: penyedia perkhidmatan atau rakan niaga strategik) bagi membolehkan kami menyediakan maklumat mengenai produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan promosi kami dan/atau pihak ketiga yang mungkin mendapat perhatian anda. Jika anda tidak mahu menerima sebarang komunikasi pemasaran daripada kami, anda boleh menarik balik persetujuan untuk tujuan pemasaran dengan menghubungi khidmat pelanggan di talian 019- 758 3116 atau terus hadir ke pejabat kami. Adalah dimaklumkan di sini, ia mungkin mengambil sehingga 14 hari bekerja sebelum penarikan persetujuan itu boleh dikuatkuasakan.

Penyimpanan Data Peribadi

Kami akan hanya menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh kami menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman kami. Jika data peribadi anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, kami akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda.

Perlindungan Data

Kami komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses dan tanpa kebenaran, kami sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik, dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain.

Akses/Pembetulan/Kemaskinian Data Peribadi

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami dapati daripada anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap atau bukan yang terkini. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengenakan fi yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda

Perubahan pada Notis Privasi ini

Kami mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis terkini di pejabat kami. Semak semula Privasi Notis ini dari semesa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, permintaan atau mengemaskini data peribadi anda, anda boleh pada bila-bila masa hubungi kami di khidmat pelanggan di 019-758 3116 dengan memberikan nama penuh anda dan nombor pengenalan untuk pengesahan diri.

Setuju